Wednesday 27 July 2011

Zelan XI vs Lim Tat FC, Soccer XL Segambut. 8.00pm

Okeh, malam ni friendly kedua dgn Lim Tat FC, chaiyok3!

Manager : Gerard

Players :
1. Khazri
2. Zuhdi
3. Shahrudin
4. Zamri
5. Mustapar Rizal
6. Rizal Hafiz
7. Nizam
8. Thinagaran
9. Fazil
10. Izhar

Support Our Team!!! Zelan Bhd

Tuesday 26 July 2011

No Time For DotA????

Hye kawan2.. aduh. 2 minggu ni minggu paling bz & penat...

18 July 2011 (Isnin) - Training futsal
19 July 2011 (Selasa) - SkorA, meeting
20 July 2011 (Rabu) - SkorA, Senawang, Seremban. E-Data network
21 July (Khamis) -Meting SkorA, ZRB BTS, (chelsea vs malaysia)
22 July 2011 (Jumaat) - Friendly Futsal vs Bank Rakyat
23 July 2011 (Sabtu) - Malaysia vs Singapore 1st Leg
24 July 2011 (Ahad) - Malam Gemilang KMD, Bukit Jalil Golf  Resort
25 July 2011 (Isnin) - Friendly Futsal vs Lim Tat FC
26 July 2011 (Selasa) - Badminton
27 July 2011 (Rabu) - Fiendly Futsal vs Bank Rakyat
28 July 2011 (Khamis) - Malaysia vs Singapore 2nd Leg
29 July 2011 (Jumaat) - DotA Tournament The Mines Shopping Fair
30 July 2011 (Sabtu) - Tournament Futsal, Ferro Futsal Subang Jaya
31 July 2011 (Ahad) - Meeting SkorA, ZRB

So, biler mase nk tido T_T nk ber DotA kt umah.. uhuk2...

Monday 25 July 2011

It's Time to Change !!!

24 Julai 2011 - tarikh bersejarah, Malam Gemilang KMD yg berlangsung di Bukit Jalil Golf Resort merupakan satu anjakan paradigma yg baru dalam dunia Score A, khususnya di dalam rangkaian ZRB Millionaires Club di samping kebangkitan drastik rangkaian KMD hasil garapan Pn. Hjh Normah Abdul Samad, iaitu tulang belakang KMD sendiri. memegang pendapatan mencecah hampir RM 200, 000.00 sebulan, Pn. Normah Samad kini melancarkan perasmian pembukaan office & logo KMD yg baru. Tambahan lagi, sambutan yg amat luar biasa telah dipamerkan oleh core leaders yang HEBAT, seperti Jutawan Muda, Mohd Shafiq Supenah serta rangkaian anak2 muda beliau, Mejar Dr nini, Mejar, dr Izwan, Anak Muda Mohd Safwan Haris serta Bonda tercinta, dan ramai lagi. ape2 pon, aku jugak terlibat sama di bawah rangkaian Safwan & Bonda ^^ HEBAT!!! Hey!!! SAYA AKAN JADI JUTAWAN PADA JANUARI 2013!!! LAWAN TETAP LAWAN, LAWAN SAMPAI JUTAWAN! KITO BUEK, KITO DAPEK!   IT IS TIME TO CHANGE!!!

Sunday 24 July 2011

Intifadhah ke-3?


Intifadhah ke-3?

satu lagi sejarah besar selepas Revolusi 25 Januari. Kenapa 15 Mei dipilih sebagai tarikh Intifadhah ke-3?
Video Solat Subuh di Medan Tahrir pagi tadi
Di sini saya kongsikan artikel tentang Palestin yang dipetik dari http://zainurrashid.com/. Semoga bermanfaat.
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian  antarabangsa.
 Holocaust
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin. Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun  dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel  yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
63 tahun An Nakbah
Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telah pun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa.
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis  menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman  yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel
Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita  akhiri era sombong mereka itu.

1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.
2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.
3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.
4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu
5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.
6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang
7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.
8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Kita berjumpa di Al Aqsa nanti

Friday 22 July 2011

Who R u???


 JANUARI

  Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang  mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi

MAC
Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan terlalu moody.

APRIL
Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan

JULAI
Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER
Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak  bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik

OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Malaysia (0) vs Chelsea FC (1)

Assalamualaikum & selamat pagi semua rakan-rakan seperjuangan. Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari, hari yang mulia. so, eloklah byakkan berselawat ke atas AJunjungan Besar kita Nabi Muhammad, Rasulullah S.A.W.. Alhamdulillah hari ni kiten masih diberi peluang oleh pencipta kite ALLAH S.W.T untuk menghirup udara segar & yg x segar.. masih boleh bernafas & melakukan aktiviti seharian ketika semata-mata untuk beramal & menghambakan diri kepadaNYA. di samping itu, aku nk ucapkan tahniah kpd Pasukan Pilihan Harimau Malaya yg memberi persembahan yg baik melayan kunjungan Chelsea FC malam td.. tahniah juga kpda saudara se ummat kite, Didier Drogba krna menyumbat GOL sulung perlawanan smlm pada minit ke-79.
jam pon da pkul 12.oo ni. jom siap2 pegi masjid.. dgar tajuk khutbah ape plak kali ni.. jangan "makanlah buah-buahan tempatan" sudah ler... kui3...

Thursday 21 July 2011

DotA Tournament @ The Mines Shopping Mall 29 July 2011

No Registration Fees are required!!!

Forms: http://www.sendspace.com/f​ile/99ld9q to mygmarketing@gmail.com
Rules & Regulations: TBA

In conjunction of the Grand Opening of MINES 2 Shopping Mall, we in collaboration with MINES 2 proudly present MINES 2 DotA Championship’11. Under this event, everybody can play DotA without hassle as its all free and everybody should tryout in order to have a taste DotA in the highest possible level. Do join us for this event as there could be surprises that you will never expect and you won’t regret it!!!

Teams / Players Banned from the Tournament: Ex-Nirvana.My, MUFC & IG-ICE (None of these ex-team players can participate in this tournament)

Prizes
-------
Champion RM1,000 Cash Prizes + Mock Cheque + Medals +
Sponsored Products
1st Runners-Up RM 500 Cash Prizes + Mock Cheque + Medals +
Sponsored Products
2nd Runners-Up RM 200 Cash Prizes + Mock Cheque + Medals +
Sponsored Products
4th Placing RM 100 Cash Prizes + Sponsored Products
Top 8 RM 50 Cash Prizes + Sponsored Products

Date: 29th to 31st July 2011

Venue: MINES 2 Shopping Mall – Ground Floor, Concourse Level (Beside MINES Shopping Fair)

Time Start:
29th July 2011 ---> 7:00pm
30th July 2011 ---> 10:00am
31st July 2011 ---> 10:00am

Tournament Format: Single Elimination

Registration Procedures:

Method 1: Online Registration
--------------------------​--------
Visit Facebook.com/dotamsia, on the MINES 2 DotA Championship event section download the required registration forms, filled it up and then send it to mygmarketing@gmail.com

Method 2: SMS Reservation
--------------------------​-------
Leave your Team Name & Contact Details via SMS to us and we will tell you what to do next
Contacts to be SMS - Lim (016 -632 7116) & Charles (016-587 3699)

yuhuuuuuu....

Asslamualaikum semua :-) korg brkfast ape hari ni? aku brkfast sandwich telur je sbb knyg tgah mlm td melantak CKT... tw ape CKT tu? Char Kuew Teow... aku teow sama dia.. haha.. tu yang masuk toilet 3 kali pagi ni.. pagi2 je da jmpe Zamri & Cik DIn kt opis ni tnye perkabaran berita Friendly Futsal ngn Bank Rakyat yg aku x dpt join kelmarin... Alhamdulillah dorg menang :-) tumpang hepi la aku. menandakan Team Zelan XI sudah bersedia untuk kejohanan 30 July ni kt Ferro Futsal, Subang. cayalah korg! kecederaan kaki aku pon da makin pulih, so da smakin cergas & brsedia nk sepak bola bile2 mase je ni ^^ (bajet safee sali) ha, lupe mlm ni Malaysia vs Chelsea kt Bukit Jalil.. tp sdeh, ade meeting plak kt ZRB BTS mlm ni, x dpt tgok T_T pape pon, gud luck la utk Team Pilihan Malaysia mlm ni! Yezzaaaaaa..... DotA??? dlm minggu ak blom smpat nak maen benda alah tu cz asek balek tgah mlm je.. bz kn... mlm ni meeting, esok futsal, ahad de dinner skor A.. Sabtu... Sabtu??? hahaha, sabtu free : D ok wt keje dulu... wslm...

Tuesday 19 July 2011


Pada 21 disember yang lalu, Kiki telah menyambut birthday yang ke-5,,setelah habis berparty,,dye pown pergi la jumpe ngan mak dye,,di sebelah maknye ade abangnye yang bername Kaka..mereka bertiga pown berborak,,,,,,,,
Kiki: mak,,nak tanye satu soalan boleh..

mak: erm,,tanyela,,,

Kiki: mak boleh x citer sal ayah,,spanjang kiki idop kiki tak pernah pown jmpe ayah,,

Kaka: haah,,kaka pown same,,
mak:ish,,ape yang korang cakapkan ney,,mak tak fahamlah,,korang da buat keje skola ke blom?
kiki:mak,,janganlah ubah topik,,
mak: ok fine,,mak terus terang,,sebenarnye,,kau brdua ney bkannye adik bradik sebape,,bapak kiki laen,,bapak kaka laen,,
kaka:owh,,tak kisah la tu,,tapi,,mane mereka pergi?
mak: sebenarnye,,mak dah berzina,,hasilnye korang berdua la,,haha
kiki&kaka:owh,,maknanya kami nie anak luar nikah la ye?sampai ati mak,,kami benci mak,,mak memang ahli neraka,,siap bleh glak lagi tuh,,,kitorang serius ney,,
mak :korang ney jangan banyak cakap la,,mak hempuk kpale kau berdua kang,,lagipown kite ney KUCING,,kau berdua bile da matang nnti akan buat perkare same gak,,,bodoh!
kiki&kaka:ouh,,yeke?miawwwwwwww,,,,,,(mereka berdua trus b******n sampai pagi)..

aDuH.... Du Du Du...

Assalamualaikum & Selamat pagi... hmm.. hari ni bgun lmbat. penat x ilang lagi. tmbah plak ngn bengkak kt kaki ni hasil latihan Futsal smlm da mula naik. terencot2 aku jalan pagi ni. x dpt la nk join badminton ptang ni & friendly futsal esok. Tambah plak ngn pagi ni punye hal, xtw la nape, ade je org dengki ngn kite ni kn. sesame staf pon nk dengki. ape kes. x puas hati cakap la depan2 bro, stakat cakap blakang, xde telor la... pagi2 lagi da bikin gua panassss... hope dapat setel hal ni cepat.

gOOd mOrNiNg sEmUa ^^

jam menunjukkan 12.29 kt lappy aku nih... syok plak dok edit2 blog ni smbil comment2 kt fb. hari ni 19Julai 2011. tak lame lagi nk pose dah kn... kejapnye mase berlalu. anyway.. mata aku pon dah berat. penat pon x hilang lagi... x smpat nk layan DotA Allstars malam ni. esok2 la plak kan ^^ zzZ.....

Monday 18 July 2011

Ehem2....

Fuh... aduh.. penat sgt niy... baru balek training futsal untuk Company Zelan Construction. esok maen badminton plak... hmm ni 1st post aku... saje je nk try2.. penat2 cmni, xde idea sgt... just nk kongsi ngn korg, aku penat sgt. jap2, nk blaja bnda baru dulu ^^